Majlis Pelancaran Papan Iklan Countdown Highway ke Perlis 2014

image

image

image

Sebagai persiapan awal bagi menghadapi saingan Sukan Malaysia XVII Perlis 2014, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan papan iklan countdown ke arah Sukan Malaysia yang bertemakan “Highway To Perlis 2014” pada 26 Oktober 2013.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Chong Eng, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada satu majlis ringkas simbolik pelancaran serta pembukaan papan elektronik countdown menandakan baki “210 hari” sebelum berlangsungnya Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 bermula pada 24 Mei 2014.

Papan iklan ini jelas kelihatan kepada para pengguna yang menggunakan lebuhraya Jambatan Pulau Pinang (dari arah bayan lepas menuju ke Gelugor).

Selain daripada baki hari ke Sukan Malaysia XVII Perlis 2014, sebuah lagi papan elektronik memaparkan perkataan berbentuk motivasi seperti “Semangat Sepasukan” dan “Strong Finishing” yang akan menjadi nadi utama kepada kejayaan atlet-atlet negeri Pulau Pinang.

 

Advertisements
This entry was posted in Pembangunan Sukan. Bookmark the permalink.