Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) TAHAP II

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan “Kursus Sains Sukan Tahap II Kod 2 (15) 2011” pada ketetapan tarikh seperti berikut:-

Tarikh : 3 sehingga 8 Oktober 2011
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat :Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban.

* Pendaftaran telah ditutup. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Edward de Silva di talian 04-659 3713, 659 3714 atau 6593715 ataupun melalui email di edward.msnpp@gmail.com

Gambar Terkini pada 3 Oktober 2011

———————————————————————————-

Apakah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)?

SPKK adalah suatu piawai kebangsaan bagi pengiktirafan kelayakan kejurulatihan. Program ini dapat menyediakan pendidikan bersistematik (Tahap I, II dan III) bagi keperluan jurulatih dengan membekalkan kursus-kursus secara progresif dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para jurulatih. SPKK mengandungi tiga komponen asas :

i) Kursus Sains Sukan

Pengajaran tentang prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan yang dikendalikan oleh Cawangan Kejurulatihan, Majlis Sukan Negara (MSN)

ii) Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik

Ceramah dan pengajaran amali tentang kemahiran sukan spesifik, teknik dan strategi kejurulatihan yang dikendalikan oleh Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Badan Sukan di peringkat antarabangsa.

iii) Latihan Amali (Praktikum)

Selepas menghadiri kursus kejurulatihan sukan spesifik, calon-calon perlu menyerahkan laporan amali kejurulatihan yang dikelolakan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dalam tempoh masa 3 hingga 6 bulan kepada Cawangan Kejurulatihan, Majlis Sukan Negara (MSN).

This entry was posted in Kursus Sains Sukan. Bookmark the permalink.